SKIM WAKAF KPMB-ANGKASA
Secara ringkasnya, definisi 'Infaq' bermaksud 'sumbangan'. Manakala 'Lil' memberi maksud 'untuk' dan 'Waqf' pula adalah 'wakaf'. Gabungan perkataan ini membawa makna sumbangan derma dengan niat waqaf untuk melaksanakan amalan kebajikan waqaf yang berupaya meningkatkan taraf sosioekonomi ummah.
Tujuan utama penubuhan skim ini adalah untuk menggalakkan anggota koperasi untuk sama-sama melaksanakan amalan menderma ataupun menyumbang untuk tujuan wakaf. Selain daripada itu, skim ini juga bertujuan untuk membangunkan harta bagi kepentingan masyarakat umum khususnya warga koperasi selain dapat menyediakan saluran kebajikan yang sistematik, dinamik dan bersepadu.
KPMB-ANGKASA berusaha untuk menyebarluaskan amalan mulia ini disamping menyemarakkan usaha membudayakan waqaf melalui kutipan sumbangan daripada warga koperasi khasnya dan masyarakat umumnya untuk disalurkan kepada pembangunan wakaf di Malaysia.
Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf di bawah Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan KPMB-ANGKASA yang telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan beberapa pendekatan seperti mengadakan rundingan, memberi taklimat secara langsung dan juga membuka kaunter bergerak bagi memudahkan lagi urusan sekiranya diperlukan. Sumbangan boleh dibuat secara tunai, cek, potongan gaji dan wang pos. Terkini, warga koperasi boleh membuat arahan potongan Skim Infaq Lil-Waqf KPMB-ANGKASA menerusi CIMB Clicks.
Menerusi sumbangan Skim Infaq Lil-Waqf, KPMB-ANGKASA telah mengasaskan Pusat Jagaan Darul Sakinah yang dibuka pada 27 Oktober 2013 di Petaling Jaya, Selangor. Pusat Jagaan Darul Sakinah dihuni oleh pelajar lelaki yang tergolong daripada beberapa golongan asnaf zakat (layak terima zakat). Menerusi skim tersebut juga, KPMB-ANGKASA telah membeli mesin dialisis untuk disumbangkan ke beberapa buah pusat rawatan dialisis di seluruh negara.
Semoga usaha murni ini yang dijalankan oleh KPMB-ANGKASA akan dapat memberi manfaat dan memupuk kesedaran serta keinsafan terhadap kelebihan berinfaq, bersedekah dan menafkahkan harta demi maslahah kebaikan golongan asnaf fakir miskin, anak-anak yatim mahu pun kepada mereka yang memerlukan.
TUAN HAJI AZHAR HAMZAH
Pengurus Besar
Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan
Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6789 / +603 - 7884 6613 Faks: +603 - 7884 6677 Emel: [email protected] / [email protected]
ENCIK MOHD. SAFIAN ABDUL RAHMAN
Penolong Pengurus
Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf
Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan
Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6767 / +6012 - 6029655 Faks: +603 - 7884 6677 E-mel: [email protected]p